
FANTASTIC...FABULOUS..OUTRAGEOUS!!!
Memeranjatkan apabila balik dari kerja terus sahaja dikhabarkan dengan berita perpindahan Michael Owen yang telah menjejakkan kaki ke Old Trafford dan seterusnya menjadi pemain kedua yang menyarung jersi Manchester United musim ini selepas Antonio Valencia beberapa hari lalu. Sungguh menakjubkan apabila Owen yang pernah menjadi musuh utama ManU semasa bermain untuk LiverFOOL suatu masa dahulu kini telah menjadi milik Manchester United sepenuhnya.
Manchester United dilaporkan telah berjaya membawa masuk Michael Owen untuk tempoh 2 tahun dengan percuma apabila Owen telah tamat kontrak di Newcastle United iaitu pasukan yang jatuh ke Liga Kedua Bolasepak Inggeris.
Pemergian Cristiano Ronaldo ke Real Madrid sedikit terubat kini dengan penampilan Owen di OLD TRAFFORD. Kini Manchester United telah memiliki 2 orang Owen di OLD TRAFFORD iaitu Owen Hargreaves dan Michael Owen.
SYABAS Manchester United dan WELCOME to a new player, MICHAEL OWEN!!!
Labels: sukan
Surat telah dipos hari ini oleh Nik Aziz yang dialamatkan kepada Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Wallahua'lam..harap menjadi kenyataan!
Labels: politik

Rasanya aku memang dah terlambat nak update blog ni tentang kematian Raja Pop Dunia iaitu Allahyarham Michael Jackson. Maaf, aku tak tahu nama ISLAM dia, tak sempat nk cari.
Raja Pop Dunia itu meninggal beberapa hari yang lalu pada jam 3.15 waktu Amerika Syarikat pada usia 50 tahun. Berita juga memberitahu bahawa beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi iaitu sakit jantung.
Ahli paramedik yang tiba di rumahnya walaubagaimanapun memberitahu sudah tiada denyutan jantung dan memberitahu bahawa beliau sudah tidak diselamatkan lagi. Kejadian tersebut telah dilaporkan oleh adiknya La Toya Jackson.
Dilabel pelik semasa hidup, kisah peribadi Michael Jackson semakin bercelaru selepas kematiannya apabila timbul persoalan tentang siapa bapa kandung kepada tiga anaknya selain laporan berhubung rancangan upacara besar-besaran bagi memperingati Raja Pop itu.
Walauapapun, hanya ALLAH sahaja yang tahu keikhlasan hati atau keburukan yang beliau lakukan. Innalillah...
Labels: isu semasa
Labels: sukan
Aku malas nak tulis dlm blog ni cuma ambik je terus dari harakahdaily.net seperti di bawah:
BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib' kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.
Ujarnya ketika berceramah sempena Majlis Makan Malam di Dewan JKKK Sungai Chenaam, Nibong Tebal semalam, pemerintahan sekarang seolah diterajui sama oleh isteri Perdana Menteri yang dikaitkan dengan gadis Monggolia, Antantuya.
"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, " terangnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.
Bagi beliau, istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.
Perbuatan itu jelasnya, merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.
"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, " tegas Mahfuz.
Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.
Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.
Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara, katanya.
Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.
Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.
Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.
"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, " tambah Mahfuz dalam program anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal itu lagi.
Turut berucap pada majlis itu ialah wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, C. J Ong, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.
Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Haji Abdul Rahman Ramjan dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Helmi Harun.Labels: politik
Rasanya masih belum terlambat hendak mengucapkan SELAMAT HARI BAPA walaupun dah 4 hari berlalunya hari yang berbahagia itu. Buat semua bapa-bapa diluar sana, SELAMAT HARI BAPA diucapkan..Walaupun aku rasa tak layak untuk mengucapkan ucapan Selamat Hari Bapa, tapi hargailah jasa dan pengorbanan bapa-bapa anda semua...Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih Bapa kekal ke akhir hayat.

SELAMAT HARI BAPA
Labels: isu semasa, my story so far
Maafkan aku wahai blog..Aku terlalu sibuk bekerja sampai kulupakan kamu!
AKU SAYANG KAMU WAHAI BLOG!
Labels: my story so far
Perpindahan kedua ialah perginya Glen Johnson dari Portsmouth ke LiverFOOL.
Labels: sukan
Labels: sukan











